Kelantan Arah Semua Pasar Raya Tutup Sepenuhnya Pada 1 Syawal

Kerajaan negeri Kelantan mengarahkan semua kompleks beli-belah dan pasar raya di negeri itu menutup operasi sepenuhnya pada 1 Syawal bagi memberi peluang kepada pekerja menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco selepas mengambil kira kebajikan pekerja.

Menurut beliau, langkah tersebut selaras dengan pendekatan pentadbiran negeri yang berteraskan konsep membangun bersama Islam.

Tambahnya, arahan sama turut terpakai pada hari pertama Aidiladha.

Premis Makanan Segera Boleh Operasi Selepas 1 Petang

Bagaimanapun, premis makanan segera dan kedai serbaneka masih dibenarkan beroperasi pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, namun hanya selepas jam 1 tengah hari.

Hilmi menjelaskan sebelum ini kompleks beli-belah dan pasar raya hanya diminta menutup operasi separuh hari pada 1 Syawal.

Namun selepas mengambil kira rayuan serta pandangan daripada persatuan dan pekerja pasar raya, kerajaan negeri bersetuju memberikan cuti penuh pada hari tersebut.

“Jika sebelum ini hanya ditutup separuh hari, pekerja pasar raya seolah-olah tidak dapat menikmati suasana beraya sepenuhnya bersama keluarga.

“Langkah ini juga selari dengan usaha kerajaan negeri menghargai Aidilfitri sebagai hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa,” katanya pada sidang akhbar, Rabu.

Operasi Malam Raya Boleh Dilanjutkan

Dalam perkembangan sama, beliau berkata kerajaan negeri juga bersedia mempertimbangkan permohonan pasar raya atau kompleks beli-belah untuk melanjutkan waktu operasi pada malam menjelang Aidilfitri.

Menurutnya, jika terdapat permohonan, kerajaan negeri boleh memberi kelonggaran untuk operasi dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat persiapan akhir sebelum hari raya.

“Lebih-lebih lagi jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat. Bagi peniaga bazar Aidilfitri juga diberi kelonggaran untuk berniaga sehingga jam 12 tengah malam.

“Sekiranya barangan jualan masih belum habis, permohonan lanjutan masa boleh dipertimbangkan, namun aspek kebersihan perlu sentiasa dijaga,” katanya.


Sumber: UPKN Kelantan

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!