Satu perkongsian di media sosial oleh usahawan dan penulis terkenal, Robert Kiyosaki, mencetuskan perbincangan apabila beliau menjelaskan strategi peperangan Iran yang dikatakan telah dirancang sejak sekian lama.
Menurut beliau, Iran didakwa sudah bersedia menghadapi peperangan walaupun tanpa satu pusat arahan utama atau “headquarters”.
Perkongsian itu menyatakan bahawa selepas beberapa serangan yang didakwa membunuh sebahagian pemimpin kanan tentera Iran, negara tersebut mengaktifkan strategi yang telah dirancang bertahun-tahun.
Strategi tersebut dikenali sebagai perang secara desentralisasi.
Unit Tentera Beroperasi Secara Bebas
Dalam sistem ini, unit peluru berpandu dan dron dikatakan telah diberi arahan lebih awal untuk bertindak sendiri sekiranya struktur kepimpinan musnah.
Arahan tersebut termasuk:
- Beroperasi secara sendiri
- Tidak bergantung kepada pusat arahan
- Tidak menunggu arahan baharu
Setiap unit hanya perlu melaksanakan pelan yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.
Tiada Satu Sasaran Utama
Dalam kebanyakan sistem ketenteraan tradisional, memusnahkan pusat arahan boleh menyebabkan keseluruhan operasi tentera lumpuh.
Namun menurut analisis yang dikongsikan itu, pendekatan Iran berbeza kerana tidak bergantung kepada satu pusat kawalan utama.
Sebaliknya, ratusan unit kecil boleh terus beroperasi secara berasingan di lokasi berbeza.
Dalam situasi tertentu, satu unit mungkin berhenti beroperasi, namun unit lain yang berada ratusan kilometer jauh masih boleh meneruskan serangan tanpa perlu berhubung antara satu sama lain.
Strategi ‘Memecahkan Medan Perang’
Pendekatan ini juga bertujuan untuk memecahkan medan perang kepada banyak ancaman kecil.
Ia sekali gus memaksa pihak lawan berdepan dengan pelbagai serangan berasingan berbanding hanya satu sasaran besar.
Menurut perkongsian tersebut, struktur ini direka khusus untuk memastikan operasi masih boleh diteruskan walaupun kepimpinan utama diserang.
Kiyosaki turut menyatakan bahawa walaupun Amerika Syarikat dan Israel mempunyai kelebihan teknologi, strategi Iran dilihat berbeza kerana memberi fokus kepada sistem yang mampu terus berfungsi walaupun tanpa arahan pusat.
SHARE:
