Khairul Aming Tumbang Selepas Bergambar Dengan 7,000 Pelanggan

Nama Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA bukan lagi asing dalam dunia media sosial dan keusahawanan di Malaysia.

Setiap langkahnya sering menjadi perhatian ramai, bermula daripada video masakan ringkas, projek berskala besar, sehinggalah kejayaan dalam dunia perniagaan.

Namun, satu perkongsian ringkas KA di Threads sebentar tadi mencuri perhatian peminat apabila dia berkongsi keadaan kesihatannya yang sedikit membimbangkan.

Dalam gambar yang dimuat naik, KA kelihatan terbaring dengan tangan disambungkan kepada drip, dipercayai sedang menerima rawatan di hospital atau klinik.

Tanpa drama berlebihan, KA menulis kapsyen ringkas dengan gaya santai yang sinonim dengan dirinya.

“Selepas bergambar dengan 7,000 customers. Doctor suruh minum air banyak-banyak. Dehydration. Tapi overall ok je, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air guys,” tulisnya.

khairul aming tumbang



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri perkongsian tersebut dengan doa serta ucapan semangat buat KA.

Ramai yang menzahirkan rasa risau dan mengingatkan beliau agar tidak terlalu memaksa diri, selain berkongsi tip menjaga kesihatan.

Antara komen yang mendapat perhatian:

“Badan dah push sampai over limit dah tu, nasib tak collapse. Collapse nanti jadi headlines lagi, jenuh awak nak jawab.”



“Semoga cepat sembuh, KA! Terima kasih atas segala usaha dan kerja keras sepanjang ini. Berehatlah seketika.”

“Kesihatan adalah keutamaan. Jangan memaksa diri terlalu kuat.”

Sumber: Threads Khairul Aming, Siakap Keli

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!