Eda Ezrin Bakal Lancar Lagu Baharu ‘Adik Saye Abe Sore’ Sempena Aidilfitri

Penyanyi dikir barat moden dari Kelantan, Eda Ezrin bakal tampil dengan lagu baharu berjudul ‘Adik Saye Abe Sore’ yang dijadual dilancarkan pada 26 Mac ini.

Komposer lagu berkenaan, Eddie Hamid berkata, selepas lebih setahun menunggu, lagu tersebut akhirnya akan dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, lagu itu merupakan kesinambungan kepada lagu popular Bae Soba Bae.


Duet Bersama Den Manjo

Eddie berkata lagu tersebut akan dinyanyikan oleh Eda Ezrin bersama rakan duetnya, Den Manjo.

Katanya, susunan muzik yang dibawakan kali ini lebih moden walaupun masih mengekalkan elemen dikir barat.

“Lagu ini kita buat dengan muzik yang lebih moden walaupun masih ada elemen dikir barat dan kita jangka lagu ini juga akan mendapat sambutan menggalakkan sebagaimana lagu Bae Soba Bae.

“Sejujurnya lebih setahun lagu ini disimpan kerana kejadian yang berlaku terhadap Eda Ezrin, malah ramai yang meminta lagu ini, namun saya tetap menyimpan untuk Eda Ezrin.

“Ini kerana genre dan vokal lagu ini sesuai dibawakan oleh Eda Ezrin memandangkan ia adalah kesinambungan daripada lagu Bae Soba Bae. InsyaAllah kita akan lancarkan pada 26 Mac ini,” katanya.


Diharap Terima Sambutan Ramai

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Moreh dan Dialog Santai Pertubuhan Prihatin Suara Anak Kelantan di Pengkalan Chepa.

Eddie turut berharap lagu baharu itu akan diterima baik oleh peminat dan mendapat sambutan menggalakkan seperti lagu sebelumnya.

Sebelum ini, media melaporkan Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat pada 6 Ogos tahun lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Peniaga Pasar Malam Curi 7 Pek Nescafe Dihukum Penjara, Denda RM2,000
|
Seorang peniaga pasar malam dipenjara sehari dan didenda RM2,000…
Polis Serbu 22 Premis, Rampas Lebih 1,400 Peranti Vape Di Kelantan
|
Polis menyerbu 22 premis yang menjual rokok elektronik atau…
Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!