Budak Tahun Empat Cedera Dipercayai Terkena Tembakan Senapang Angin Jiran

Seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dipercayai terkena tembakan senapang angin milik jirannya dalam kejadian di Felda Seberang Tayor, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa yang merupakan murid Tahun Empat sedang bermain bersama abangnya di hadapan rumah sebelum tiba-tiba mengadu sakit sejurus selepas kedengaran bunyi letupan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pemeriksaan oleh ibu bapa mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian bawah bahu kiri kanak-kanak berkenaan.

“Bapa mangsa kemudiannya menemui sebiji bebola besi berwarna perak di kawasan tersebut dan mengesyaki objek itu dilepaskan daripada senapang angin milik jiran mereka.

“Susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa jam 5 petang, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil penahanan membawa kepada penemuan dua laras senapang angin buatan sendiri berukuran 123 sentimeter dan 107 sentimeter selain sembilan biji bebola besi.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku melepaskan satu das tembakan ke arah rumah mangsa yang terletak kira-kira 40 meter dari kediamannya.

“Bagaimanapun, suspek mendakwa tidak menyangka tembakan itu mengenai mangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek turut memaklumkan salah satu senjata tersebut dibeli menerusi platform dalam talian tahun lalu, manakala satu lagi dihasilkan sendiri bagi tujuan menembak burung.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin.

Mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan, manakala suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!