Zakat Fitrah Kelantan 2026 Ditetapkan RM10, Bayaran RM22 Bagi Yang Mampu

Harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun 1447H/2026M ditetapkan sebanyak RM10.

Ketetapan tersebut telah diperkenankan oleh Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 6(1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, meskipun kadar minimum zakat fitrah ditetapkan RM10, individu yang berkemampuan digalakkan membayar RM22 berdasarkan harga dan jenis beras yang dimakan.

Menurut beliau, kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan untuk tahun 1447H/2026M ialah sebanyak RM37,401 bagi haul antara Ramadan 1447H hingga Ramadan 1448H.

Pembayaran zakat boleh dibuat di kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan, atau secara dalam talian menerusi portal rasmi MAIK di zakat.e-maik.my.

Tambah beliau, MAIK berharap semua pihak mengambil maklum dan mematuhi ketetapan tersebut serta bersama-sama mengimarahkan Ramadan 1447H dengan amalan soleh dan menunaikan tanggungjawab berzakat sebagaimana yang difardukan.


“Bagi pihak MAIK, saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!