Perahu Haram Rentas Sungai Golok Akan Dirampas Tanpa Amaran – Polis

Polis Kelantan memperketat penguatkuasaan di Sungai Golok dengan melaksanakan rampasan serta-merta terhadap perahu dari Thailand yang memasuki sempadan negara secara haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sebelum ini tindakan penguatkuasaan hanya melibatkan tangkapan individu serta rampasan barangan penyeludupan.

“Tetapi kali ini kita akan melaksanakan juga rampasan terhadap perahu-perahu haram yang masuk ke Malaysia.

“Rampasan pertama telah dibuat pada minggu lalu melibatkan sebuah perahu di Tumpat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan pemasangan kawat berduri di pangkalan haram parkir di Pekan Rantau Panjang.

Menurut Mohd Yusoff, rampasan terhadap perahu dari Thailand akan dibuat sekiranya terdapat bukti melalui rakaman video dan dron.

Ujarnya, perbincangan bersama Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ketua Polis Daerah telah dilakukan bagi melaksanakan tindakan tersebut.

“Kali ini tiada amaran. Kita rampas dan tangkap terus kerana sudah lebih setahun pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok telah ditutup.


“Seharusnya semua pihak sudah memahami perkara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!