Buruh Dipenjara Enam Bulan Selepas Pukul Bapa Dengan Kayu Di Pengkalan Chepa

Seorang buruh dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku bersalah mencederakan bapa kandungnya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.

Tertuduh, Yusmainy Husain, 48, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapa kandungnya, Husain Mahmood, 78, di Kampung Pauh Pengkalan Chepa, pada jam 12 tengah hari, 2 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika tertuduh mahu mengambil motosikal di hadapan ayahnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Tertuduh kemudian turun daripada motosikal, mengambil sebatang kayu dan memukul mangsa. Laporan perubatan awal mendapati mangsa mengalami lebam di tangan kiri.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nabil Mohamed Asri, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!