3,161 Kes Tibi Direkodkan Seluruh Negara, Kelantan Catat 121 Kes

Sebanyak 596 kes baharu penyakit Tuberculosis (tibi) didaftarkan bagi Minggu Epidemiologi ke-6, menjadikan keseluruhan kes terkumpul sebanyak 3,161 kes setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 755 kes, diikuti Selangor (596 kes) dan Sarawak (332 kes).

Johor mencatatkan 280 kes, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 244 kes.

Negeri lain yang turut merekodkan kes ialah Kedah (181 kes), Pulau Pinang (172 kes), Perak (154 kes), Kelantan (121 kes), Pahang (103 kes), Terengganu (74 kes) dan Negeri Sembilan (62 kes).

Sebanyak 48 kes direkodkan di Melaka, diikuti Perlis (21 kes), manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah iaitu 18 kes.

KKM menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah kesihatan kendiri secara konsisten, khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan pernafasan.

Menurut kenyataan itu, tibi ialah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh merebak apabila individu yang menghidap tibi aktif batuk, bercakap atau bersin.

Walau bagaimanapun, ia lazimnya tidak merebak sepantas influenza atau Covid-19 kerana biasanya memerlukan pendedahan lebih lama dan berulang.

Risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh panjang di ruang tertutup, sesak serta kurang pengudaraan, terutama jika terdapat individu dengan tibi aktif yang belum menjalani rawatan.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memastikan pengudaraan baik di ruang tertutup serta memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak.


Selain itu, individu yang mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala berkaitan disaran mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!