Tiga Minggu Di Kelantan, Wanita Ini Persoal Label Negeri Miskin

Satu perkongsian seorang pengguna Facebook, Rosidah Yusoff, mencetuskan perbincangan apabila beliau meluahkan pandangan peribadi bahawa tidak melihat Kelantan sebagai negeri miskin seperti sering digambarkan.

Menurut Rosidah, sepanjang hampir tiga minggu berada di Kelantan, beliau mendapati kebanyakan rumah dibina di atas tanah sendiri dan majoritinya berbentuk banglo, selain hampir setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Beliau turut menyentuh soal aktiviti ekonomi harian, termasuk kedai nasi berlauk dan kuih yang sentiasa penuh pada waktu pagi, malah kebanyakannya habis dijual sebelum jam 9 pagi.

Dari sudut kos sara hidup, Rosidah membandingkan harga nasi lemak di Kelantan sekitar RM3.50 dengan kuantiti yang menurutnya lebih banyak berbanding di Kuala Lumpur, sekali gus menafikan tanggapan bahawa negeri itu bergelut dengan kemiskinan ketara.

rosidah yusoff 1



Bagaimanapun, beliau berpandangan majoriti masyarakat Kelantan bekerja sendiri, menyebabkan pendapatan mereka tidak tetap. Menurutnya, ada yang mengisytiharkan pendapatan rendah dalam sistem bagi tujuan tertentu seperti kelayakan bantuan persekolahan, sekali gus mempengaruhi data rasmi pendapatan.

Rosidah turut membandingkan keadaan di Kelantan dengan Kuala Lumpur, dengan menyatakan beliau lebih kerap melihat gelandangan di ibu negara berbanding di Kelantan.

rosidah yusoff 2



Dalam perkongsian itu, beliau menyentuh kawasan sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu yang menurutnya dipenuhi rumah besar dan hanya sedikit kawasan perumahan flat.



Beliau berpendapat label “negeri miskin” yang sering dikaitkan dengan Kelantan lebih berpunca daripada persepsi dan faktor politik, bukan realiti kehidupan seharian yang disaksikannya sendiri.

Sumber: FB Rosidah Yusoff

TERKINI

Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Jawatan Kosong Kelantan