Rumah Teres Di Taman Utama Gua Musang Nyaris Musnah Dalam Kebakaran

Sebuah rumah teres di Jalan Meranti, Taman Utama, Gua Musang nyaris musnah sepenuhnya dalam satu insiden kebakaran yang berlaku petang Ahad.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 5.33 petang sebelum mengerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK II Razani Mamat memaklumkan jentera pertama tiba di lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai pada jam 5.40 petang, hanya tujuh minit selepas panggilan diterima.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati api sedang marak di bahagian atas sebuah rumah teres jenis kekal berkeluasan 20 x 40 kaki persegi.

Kebakaran Rumah teres taman utama gua musang



“Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke seluruh struktur rumah dan kediaman bersebelahan,” katanya dalam satu catatan operasi hari ini.

Menurut beliau, anggaran kemusnahan pada bahagian atas rumah berkenaan adalah sekitar 20 peratus.

Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca api yang tersisa sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.



Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan penghuni rumah mahupun anggota penyelamat dalam insiden tersebut.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian sebenar masih dalam proses siasatan oleh unit forensik bomba.

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!