Ringgit Mengukuh Ke Paras 3.90, Antara Mata Wang Terbaik Di Asia

Nilai ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh apabila melonjak daripada paras sekitar 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu kepada paras 3.90 ketika ini, sekali gus meletakkannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Apurva Sanghi, berkata pada jam 4.15 petang, ringgit diniagakan pada 3.9135 berbanding dolar AS.

Beliau berkata prestasi ekonomi Malaysia ketika ini menunjukkan kedudukan yang baik, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inflasi yang rendah serta peningkatan gaji sebenar.

Menurutnya, pengukuhan ringgit turut memberi kesan positif kepada pengguna apabila membantu menurunkan harga barangan makanan import seperti bawang, kubis dan beras.

“Ringgit yang mengukuh membantu menurunkan harga barangan makanan import seperti bawang, kubis dan beras,” katanya menerusi satu catatan di platform media sosial X, hari ini.

Dalam catatan yang sama, Apurva turut menyifatkan sektor pelancongan sebagai antara penyumbang positif kepada ekonomi negara, sambil menekankan keperluan untuk Malaysia memaksimumkan nilai setiap pelancong melalui pelancongan berasaskan pengalaman, seperti lawatan ke Gua Mulu di Sarawak.

Mengulas isu masa depan pekerjaan, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kecerdasan buatan (AI) apabila kira-kira separuh pekerja di Malaysia berdepan risiko automasi yang tinggi, manakala sekitar satu perempat terdedah kepada AI generatif.

Bagaimanapun, katanya kehilangan pekerjaan bukan sesuatu yang baharu dalam sejarah teknologi, kerana setiap gelombang inovasi turut mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Pada era Internet 1990-an, tidak ramai yang menjangka pekerjaan menarik akan wujud di syarikat seperti Facebook, Apple dan Google,” katanya.

Apurva berkata, pekerjaan baharu dalam era AI sudah mula muncul termasuk jurulatih AI, pengurus data dan jurutera prompt, manakala sektor yang memerlukan sentuhan manusia seperti penjagaan warga emas dijangka mencatatkan pulangan yang kukuh.



“Bagi Malaysia yang menuju ke arah negara menua, ini merupakan peluang besar yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!