Kelantan lancar pelan bandar pintar 2040 berteraskan nilai Islam

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 sebagai pelan hala tuju pembangunan negeri ke arah pengurusan bandar yang lebih efisien, moden dan berteraskan nilai Islam.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud, berkata pembangunan bandar pintar itu digubal mengikut acuan negeri dengan mengambil kira keseimbangan antara kemajuan teknologi dan prinsip maqasid syariah selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Blueprint ini bukan sekadar dokumen dasar, tetapi satu anjakan paradigma dalam pentadbiran, perancangan dan pembangunan negeri secara lebih komprehensif, sistematik serta berpaksikan tuntutan Islam.

“Pembangunan bandar pintar ini akan dilaksanakan berpandukan tujuh komponen utama, 35 dasar, 107 strategi, 198 inisiatif dan 238 sasaran yang melibatkan 121 agensi pelaksana,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 di Dewan Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Kelantan, di sini, semalam,

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan untuk terus menonjolkan idea, inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan konsep bandar pintar.

“Pelan ini penting bagi memastikan Kelantan berada di landasan yang betul menjelang 2040. Ia satu keperluan strategik untuk memperkukuh tadbir urus, mempercepat penyampaian perkhidmatan serta memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya.

Dalam majlis sama, Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut menerima penarafan Bandar Pintar Tahap 1: Smart City Early Adopter 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 semalam.



Mohd Nassuruddin turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat, khususnya PLANMalaysia Kelantan, atas komitmen menyediakan dokumen perancangan yang bakal memandu negeri itu menuju ke arah kemajuan dan kemodenan berpaksikan Islam.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!