Pelajar 15 Tahun Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Dirempuh Van Di Gua Musang

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Kampung Baru, Limau Kasturi, Gua Musang, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Amsyar Zafran Amran disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jeram Tekoh.

Pembonceng motosikal yang juga adik perempuan mangsa berusia 13 tahun dilaporkan cedera dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 9.05 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah van dan motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa ketika dalam perjalanan ke sekolah.

“Pemandu van berusia 58 tahun ketika itu sedang menghantar anak saudara ke sekolah dari arah Bertam menghala ke Sungai Asap.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu van memotong sebuah lori di hadapannya dan pada masa sama penunggang motosikal juga turut memotong sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan yang tidak berturap,” katanya.

Beliau berkata, mangsa terjatuh di atas jalan dan pemandu van tidak sempat membrek sebelum merempuh mangsa sehingga terseret sejauh kira-kira 15 meter.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.



Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 09-9121222.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!