13 tahun di Sweden, ‘Mek Cina Kelate’ masih setia dengan budu [VIDEO]

Perkongsian terbaru daripada Akok Cina Kelantan menarik perhatian apabila beliau bertemu dengan seorang wanita asal Kelantan yang kini menetap di Stockholm, Sweden, namun masih pekat loghat Kelate dan tak pernah tinggal budu.

Fong Nee, berasal dari Tanah Merah dan pernah menjadi guru di SMK Hamzah, Machang sebelum berhijrah ke Sweden sejak 13 tahun lalu dan menjadi guru disana.

Walaupun sudah lama menetap di negara orang dan berkahwin dengan lelaki tempatan di sana, gaya percakapan Fong Nee tetap selamba dengan dialek Kelantan yang asli.

Akok Cina Kelantan yang memang terkenal dengan perkongsian tentang makanan dan budaya Kelantan berkongsi pertemuan itu dalam video di saluran YouTube miliknya, Akok Channel.

Dalam video berkenaan, Fong Nee bercerita ringkas tentang kehidupan hariannya di Stockholm dan bagaimana makanan Kelantan terutamanya budu terus menjadi peneman wajib walaupun tinggal jauh dari kampung halaman.

Tonton video penuh yang dikongsikan Akok Cina Kelantan di bawah:



KD: Budu ni memang power, jauh merantau beribu kilometer sekalipun, oghe Kelate takkan tinggal.

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!