Lebih 10 Stesen Minyak Di Selatan Thailand Jadi Sasaran Serangan Serentak Awal Pagi Tadi

Situasi cemas tercetus di selatan Thailand apabila kumpulan bersenjata yang tidak dikenal pasti dilaporkan melancarkan serangan serentak ke atas beberapa kawasan sekitar jam 1.10 pagi tadi.

Serangan itu tertumpu di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, dengan sasaran utama melibatkan stesen minyak PTT.

Letupan kuat dan kebakaran besar dilaporkan berlaku di beberapa lokasi, sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk setempat.

Lebih 10 Stesen Minyak Rosak Teruk

Hasil pemeriksaan awal mendapati lebih 10 lokasi stesen minyak PTT mengalami kerosakan serius akibat serangan berkenaan.

Narathiwat (5 lokasi):

  • Stesen PTT Cho Ai Rong, Daerah Cho Ai Rong
  • Stesen PTT Dusong Nyo, Daerah Chanae
  • Stesen PTT Pase Mas, Daerah Sungai Kolok
  • Stesen PTT Waeng, Daerah Waeng
  • Stesen PTT Tanyong Mas, Daerah Ra-ngae

Pattani (2 lokasi):

  • Stesen PTT Kapo, Daerah Kapo
  • Stesen PTT Bana (laluan utama), Daerah Muang Pattani

Yala (3 lokasi):

  • Stesen PTT Dama Kabang, Daerah Kabang
  • Stesen PTT pintu masuk Bandar Yala, Daerah Muang Yala
  • Stesen PTT Buke Kloh, Daerah Raman

Kawalan Keselamatan Dipertingkat

Sejurus kejadian, pasukan tentera, polis serta pihak pentadbiran tempatan dikerahkan ke semua lokasi terlibat bersama jentera bomba bagi mengawal keadaan dan memadamkan kebakaran.

Pihak keselamatan Thailand kini meningkatkan tahap kawalan keselamatan ke peringkat tertinggi, menutup sepenuhnya kawasan terjejas serta melarang orang awam menghampiri lokasi kejadian.

Pasukan pemusnah bahan letupan (EOD) turut digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada ancaman susulan yang boleh membahayakan keselamatan awam.



Sumber: Wartani Melayu

TERKINI

Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!