“Setakat Nak Pergi Makan, Tak Payahlah” – Ketua Polis Kelantan Nasihat Tangguh Ke Selatan Thailand

Bagi ramai rakyat Kelantan, perjalanan ke selatan Thailand bukan sesuatu yang luar biasa. Ada yang ke sana untuk membeli-belah, menikmati makanan atau bercuti bersama keluarga.

Namun kali ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mempunyai satu pesanan yang cukup ringkas tetapi tegas kepada mereka yang bercadang ke sana.

"Setakat nak pergi makan, tak payahlah."

Situasi Keselamatan Jadi Kebimbangan

Menurut beliau, nasihat itu bukan dibuat tanpa sebab, sebaliknya berdasarkan maklumat semasa yang diterima daripada pegawai dan anggota Cawangan Khas mengenai perkembangan keselamatan di selatan Thailand.

"Saya selalu nasihat supaya elak berkunjung ke selatan Thailand kerana saya ada maklumat. Pegawai dan anggota Cawangan Khas kita sentiasa melaporkan keadaan yang berlaku di selatan Thailand.

"Untuk keadaan sekarang, sebanyak lima kes tembak dan letupan bom berlaku dalam tempoh seminggu. Sebab itu saya minta jika tiada keperluan atau urusan penting, tangguh dulu perjalanan ke sana," katanya.

Utamakan Keselamatan

Beliau mengakui pihak polis tidak boleh menghalang orang ramai daripada ke selatan Thailand, namun berharap setiap individu menilai sendiri risiko sebelum memulakan perjalanan.

"Perkara ini bergantung kepada individu, mungkin kejadian yang berlaku terhadap dua rakyat Malaysia di Tak Bai tidak pernah berlaku kepada mereka dan keluarga menyebabkan mereka terus mengunjungi Selatan Thailand.

"Jika tanya saya kurangkanlah berkunjung (ke selatan Thailand), sebaliknya sokonglah (destinasi) pelancongan dalam negara kita," katanya.

Nasihat itu hadir beberapa hari selepas dua rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom di Tak Bai ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!