Kementerian Pengangkutan Kekal Sasaran ECRL Beroperasi Januari 2027

Kementerian Pengangkutan (MOT) kekal dengan sasaran pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengikut jadual pada Januari 2027 meskipun ujian dan pemeriksaan sistem masih belum dimulakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kejayaan projek rel tidak hanya bergantung kepada pembinaan landasan semata-mata, sebaliknya keupayaan sistem operasi untuk berfungsi secara bersepadu dan stabil sebelum perkhidmatan boleh dimulakan.

“Yang pertamanya, kena faham bahawa sistem kereta api ini bukan saja tengok landasan, perlu ada integrasi sistem dulu. Jadi pemeriksaan ataupun ujian sistem belum pun dimulakan.

“Jadi, MOT masih kekal dengan jadual, iaitu Januari tahun depan. Sebab kita sudah ada banyak pengalaman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 MOT, di sini, hari ini.

Menurut Loke, pengalaman terdahulu seperti isu operasi aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjadi pengajaran penting, khususnya berkaitan masalah sistem dan perisian yang boleh menjejaskan kelancaran operasi.

Beliau menegaskan bahawa aspek paling mencabar dalam projek sistem rel ialah ujian integrasi bagi memastikan semua komponen berfungsi dengan baik dan selaras antara satu sama lain sebelum operasi penuh dimulakan.

“MOT akan terus memantau serta memastikan semua keperluan teknikal dipenuhi bagi menjamin keselamatan, kebolehpercayaan dan kelancaran operasi ECRL,” katanya.



Sebelum ini, media melaporkan projek ECRL yang merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!