JPJ Kelantan Merekodkan Kutipan Kompaun Melebihi RM9 Juta Tahun Lalu

Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan merekodkan kutipan kompaun melebihi RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.55 peratus berbanding lebih RM8.5 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Sebanyak lebih RM9 juta kutipan kompaun direkodkan, meningkat 5.55 peratus atau RM520,785 berbanding tahun 2024.

“Peningkatan ini antaranya hasil pelaksanaan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus dan Program Budi Madani RON95 yang diperkenalkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, sepanjang tempoh sama, JPJ Kelantan telah memeriksa sebanyak 200,076 kenderaan dan mengambil tindakan terhadap 58,541 kenderaan.

Dalam tempoh itu juga, lebih 116,000 notis dikeluarkan manakala hampir 500 kenderaan disita hasil pelbagai operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri.

“Sebanyak 32,455 kes dibawa ke mahkamah, termasuk 32,423 kes di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan kutipan hasil sebanyak RM2,437,120.

“Selain itu, 32 kes di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 turut direkodkan dengan kutipan berjumlah RM56,500,” katanya.

Mohd Misuari turut menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan, khususnya terhadap kesalahan berisiko tinggi seperti memandu laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pendekatan penguatkuasaan dan pendidikan akan terus dilaksanakan secara seiring bagi memastikan jalan raya di Kelantan kekal lebih selamat dan lestari,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan