Anak Hidap Lebihan Cecair Di Kepala, Pasangan Di Tumpat Tebalkan Muka Berhutang

Kemiskinan hidup yang dialami sepasang suami isteri di Kampung Raja, Geting berganda apabila seorang daripada anak mereka menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala sejak dua tahun lalu.

Bagi Siti Nur Faradila Abdullah, 35, dan suaminya Nik Shahriman Shahril, 41, usaha membawa anak ketiga mereka, Nik Nur Ariana Sofea Nik Shahriman, 7, mendapatkan rawatan di hospital menjadi keutamaan meskipun terpaksa berdepan kekangan kewangan yang semakin menekan.

Siti Nur Faradila berkata, anaknya dipasang alat shunt di kepala bagi mengalirkan lebihan cecair ke saluran air kencing dan perlu menjalani rawatan susulan secara berkala.

“Hampir setiap bulan Ariana dirujuk kepada dua pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian.

“Saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM200 hingga RM300 setiap kali ke hospital kerana biasanya ada prosedur rawatan seperti ujian darah, imbasan, ubat-ubatan dan lain-lain yang memerlukan bayaran,” katanya.

Menurutnya, perbelanjaan harian untuk keluarga enam beranak terpaksa dicatu bagi memastikan wang rawatan anaknya dapat disediakan, namun jumlah itu tetap tidak mencukupi.

“Untuk makan seharian pun kami berjimat supaya dapat simpan wang rawatan Ariana, tapi tetap tidak cukup. Ada masa kami terpaksa berhutang dengan saudara mara atau jiran,” katanya.

Siti Nur Faradila berkata, suaminya hanya bekerja sebagai pencari besi buruk dengan pendapatan tidak menentu, purata sekitar RM800 sebulan, manakala dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Ariana yang memerlukan pemantauan rapi.

Katanya, pihak sekolah memberi kebenaran kepadanya untuk memantau Ariana sehingga ke kelas kerana murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Geting (1) itu mudah mengalami sakit kepala terutama ketika cuaca panas.

“Empat anak kami masih bersekolah dan semua keperluan mereka perlu difikirkan. Hutang pula semakin lama semakin menimbun dan saya sendiri tidak tahu bila mampu dilangsaikan,” katanya.

Beliau memaklumkan, keluarga itu baru sahaja menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini sebanyak RM250 sebulan.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya Che Norhayati Mohamed bersama Naib Yang Dipertua SK Geting (1), Baharom Hassan, yang menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang zakat.



Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Nur Faradila di talian 013-401 7448 atau menyalurkan sumbangan ke akaun BSN 0301741100005296 atas nama beliau.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!