Tiga kali diberi tempoh lanjutan, ini sebab Jambatan Sungai Durian masih belum siap

Nama Jambatan Sungai Durian bukan lagi asing buat penduduk Kuala Krai, malah menjadi “igauan” kepada sebahagian besar rakyat Kelantan yang menjadikan laluan ini sebagai akses utama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Projek penggantian jambatan berkenaan dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama berikutan keadaan jambatan sedia ada yang sempit dan uzur.

Selain itu, projek ini turut bertujuan menangani isu jalan terputus yang kerap berlaku ketika musim banjir memandangkan jambatan lama berada pada paras rendah.

Keadaan semasa projek Jambatan Sungai Durian (Kredit Foto: Fawwaz Media)



Projek ini bermula pada Jun 2021 dan telah diberikan Lanjutan Masa (Extension of Time, EOT) sebanyak tiga kali, dengan tarikh siap semasa ditetapkan pada 18 Julai 2025.

Antara punca utama kelewatan projek dikenal pasti melibatkan beberapa faktor. Pertama, isu pengambilan tanah yang mengambil masa hampir dua tahun selepas tarikh milik tapak projek pada 1 Jun 2021, sebelum berjaya diselesaikan pada 16 Jun 2023.

Kedua, kelewatan pengalihan utiliti paip air oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) susulan perubahan cadangan reka bentuk struktur galang paip bagi mematuhi syarat ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS menetapkan jarak antara tiang galang sejauh 50 meter, selari dengan tiang jambatan keluli, bagi mengurangkan gangguan aliran air sungai.

Selain itu, masalah pengurusan dan koordinasi projek turut menjejaskan pelaksanaan termasuk kelewatan membuat pesanan pembekalan komponen jambatan keluli.

Sebelum ini, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, pernah turun padang ke Kelantan sekitar Ogos 2024 bagi memantau status pelaksanaan projek berkenaan.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pihaknya memandang serius terhadap kelewatan projek ini dan telah mengarahkan kontraktor meningkatkan momentum kerja dengan mematuhi spesifikasi kualiti, kos dan tempoh masa yang ditetapkan.

KKR turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku Pegawai Penguasa Projek agar memantau kemajuan kerja secara rapi.

Beberapa surat amaran juga telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor, dan tindakan tegas termasuk penamatan kontrak boleh diambil sekiranya kelewatan berulang.

Dalam perkembangan terbaharu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, turut meluahkan kekecewaan dan membangkitkan isu tersebut secara langsung kepada Menteri Kerja Raya ketika Sidang Parlimen November 2025.

Menteri Kerja Raya sendiri dilaporkan mengakui rasa kecewa dan malu dengan kelewatan projek berkenaan, selain berjanji akan memberi perhatian penuh bagi memastikan pembinaannya disiapkan mengikut jadual baharu.

Namun menjelang berlabuhnya tirai 2025 beberapa hari sahaja lagi, masih belum ada tarikh jangkaan siap projek ini.



KD: Bila projek asas rakyat tertangguh bertahun-tahun, yang terseksa bukan angka atas kertas, tapi pengguna jalan setiap hari. Harap penamatnya benar-benar menutup luka lama.

TERKINI

“Saya Rasa Belum Mampu Lagi Keluar Dari Chow Kit Dan Pulang Ke Kelantan”
|
“Rasanya saya masih belum mampu lagi untuk keluar dari…
Sambungan Kereta Api Rantau Panjang–Sungai Golok Dijangka Perkukuh Dagang Dua Negara
|
Projek sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang, Pasir…
3 Rakyat Malaysia Ditahan, 97kg Syabu Dirampas Dalam Tren Thailand
|
Tiga lelaki rakyat Malaysia ditahan di wilayah timur laut…
“Saya Ulang! Minyak Kita Tak Lalu Selat Hormuz” – Exco Terengganu
|
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim mempertahankan…
PM Beri Amaran Harga Melambung, Minta Rakyat Bersedia
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai…
Pengurus Stesen Minyak Di Tumpat Akui Cuai, Benarkan Pengisian Petrol Tanpa Tunjuk IC
|
Pengurus sebuah stesen minyak di Tumpat, Kelantan mengakui berlaku…
Jawatan Kosong Kelantan