Jambatan balak Sungai Peralong yang runtuh dibaik pulih TNB

Jambatan Sungai Peralong yang runtuh akibat arus deras kini sedang dibaik pulih oleh pasukan TNB Projek Hidro Nenggiri, menurut perkongsian terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Beliau berkongsi gambar terkini yang menunjukkan kerja baik pulih sedang dijalankan dan mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas pasukan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 3,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di tiga pos pedalaman iaitu Pos Tohoi, Pos Simpor dan Pos Gob terkandas selepas jambatan kayu balak yang menjadi laluan utama mereka ke bandar Gua Musang runtuh dibawa arus deras.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam semalam itu berlaku selepas paras air Sungai Peralong naik mendadak ekoran hujan lebat, menyebabkan jambatan balak tersebut hanyut sekelip mata dan memutuskan akses utama penduduk.



Kerja baik pulih yang kini sedang dilaksanakan memberi harapan baharu kepada komuniti setempat agar laluan itu dapat dipulihkan secepat mungkin demi urusan harian, termasuk mendapatkan rawatan, pembelian keperluan dan perhubungan luar.

KD: Terbaik TNB ambil inisiatif untuk membantu masyarakat setempat

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!