Tabik hormat setiap kali lalu, abang polis sempat santuni peminat cilik [VIDEO]

Satu video tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memaparkan momen menyentuh hati melibatkan seorang anggota polis trafik dan dua beradik kecil yang setia memberi tabik hormat setiap kali anggota itu melalui kawasan rumah mereka.

Video berkenaan dikongsikan oleh pemilik akaun media sosial WanFaizal85, yang turut memuat naik kapsyen ringkas namun bermakna:

“Alhamdulillah harini berkesempatan menyantuni 2 beradik ni.. Sentiasa keluar tabik kt Abam Ja setiap kali Abam Ja lalu depan umah diorang.”



Individu yang mesra dikenali sebagai Abang Ja itu merupakan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan.

Beliau sememangnya aktif berkongsi rutin tugasan harian termasuk rondaan dan pengiring (escort) di media sosial, sekali gus menjadikan beliau dekat di hati masyarakat.

Difahamkan, kejadian penuh makna itu berlaku di sekitar Pasir Mas, apabila Abang Ja mengambil kesempatan untuk menyantuni dua beradik berkenaan yang sering memberi tabik hormat setiap kali melalui kawasan rumah mereka.

Perkongsian itu pantas dibanjiri komen netizen yang rata-rata tersentuh dengan keakraban dan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh anggota trafik berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Allahuakbar, kenangan besar terpahat dalam diri budak tu sampai bila-bila. Salute JSPT Kelantan, didoakan semoga sentiasa dalam lindungan-Nya.”



“Jadi penyebab cita-cita adik tu nak jadi anggota polis trafik bila besar nanti. Tahniah abe ja tunaikan hasrat adik tu.”

Rata-rata netizen melihat momen tersebut bukan sekadar video tular, sebaliknya satu kenangan berharga yang mungkin menjadi pencetus impian besar buat kanak-kanak berkenaan pada masa depan.



@wanpieja85

Arini hujan² pon keluar tabik ke Abam Ja 2 beradik ni..Arini xbz sgt jd boleh singgah sekejap layan..Abang nk naik moto adik lari pulak takut.. 🤣🤣#SelamatBersamaJSPT #motovlog #st1300 #videoviralシ NolanHelmet@Insta360 by DroneHub.my w

♬ original sound - Wanfaizal85 - Wanfaizal85

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!