Litar drag pertama Kelantan dapat sambutan luar biasa, tarik lebih 30,000 pengunjung

BACHOK – Pembinaan litar drag pertama di Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok dijangka merancakkan lagi aktiviti sukan permotoran di negeri ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Arham Abdullah, berkata projek berkenaan dilaksanakan melalui kerjasama antara Koperasi Universiti Malaysia Kelantan Berhad dan Drag Dolphin Club (DDC) Team.

Beliau berkata pembinaan litar itu menjadi pemangkin kepada penerokaan baharu dalam ekosistem sukan permotoran, inovasi dan keusahawanan di UMK serta di Kelantan.

“Inisiatif itu bukan sahaja memberi peluang kepada peminat automotif, tetapi juga menjadikan kawasan UMK sebagai tumpuan baharu aktiviti komuniti dan pelajar, dengan lebih 30,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjuran.

“UMK memperuntukkan kawasan seluas lima ekar sebagai tapak permulaan dan merancang memperluas lagi pembangunan itu pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Arham berkata, trek sepanjang 500 meter itu menyediakan ruang untuk aktiviti drag, drift, serta kawasan jualan dan pertemuan. Kemudahan tersebut akan ditambah baik secara berperingkat bagi menjamin keselesaan dan keselamatan peserta.

Beliau turut memaklumkan, UMK merancang untuk bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan GiatMARA bagi menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat latihan berasaskan TVET dalam bidang automotif dan sukan bermotor.

Sementara itu, Presiden DDC Team, Azwan Hafiz Ibrahim, berkata acara yang berlangsung dari 6 hingga 8 November ini merupakan penganjuran pertama di litar baharu UMK dengan penyertaan lebih 180 kereta dan 140 motosikal pelbagai kategori.

Katanya, antara kategori kereta ialah turbo, Continental dan 4x4, manakala bagi motosikal melibatkan kategori 125cc, 150cc dan RX-Z.

Azwan berkata, penganjuran Drag Day kali ini menggantikan acara nyanyian dan kebudayaan sempena Pesko 2025, dan litar berkenaan telah diperiksa oleh pihak polis serta Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau berharap kemudahan di litar itu dapat ditambah baik dengan penyediaan tempat duduk penonton, surau dan kemudahan sokongan lain.



Tambahnya, Kelantan mempunyai potensi besar sebagai hab sukan permotoran Pantai Timur, kerana negeri ini mencatatkan penyertaan peminat drag tertinggi di Malaysia.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!