Perobohan pengkalan haram: sindiket alih jeti haram ke tebing negara jiran

Bimbang dengan operasi merobohkan pangkalan haram oleh pihak berkuasa, sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia–Thailand dikesan mula mengalihkan jeti haram (rakit) bergerak mereka ke tebing negara jiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tindakan itu dikesan ketika fasa kedua operasi penguatkuasaan bersepadu di empat lokasi sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.

Operasi berkenaan berlangsung sehingga 14 Disember dan melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, Majlis Keselamatan Negara serta pihak berkuasa tempatan.

“Saya dimaklumkan bahawa ketika operasi dijalankan, maklumat mengenai perobohan pangkalan haram itu telah bocor dan sampai kepada pengetahuan beberapa penyeludup.

Apabila mengetahui perkara tersebut, mereka segera memindahkan jeti berkenaan ke bahagian Thailand kerana bimbang akan dimusnahkan pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, beberapa lagi pangkalan haram di sekitar Jeram Perdah dan Rantau Panjang turut dimusnahkan hari ini, dan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Walaupun berdepan cubaan penyeludup memindahkan jeti, Mohd Yusoff menegaskan operasi tetap diteruskan bagi memastikan semua struktur haram yang digunakan untuk penyeludupan dapat dihapuskan sepenuhnya.

Setakat ini, 17 pangkalan haram dikenal pasti untuk dirobohkan, antaranya pangkalan Jitong, Maghrib, Kak Pah dan Kayangan Inn.

Tinjauan Bernama di beberapa laluan tikus sekitar Sungai Golok pula mendapati kegiatan penyeludupan masih wujud dalam skala kecil, terutama pada waktu malam di kawasan berpaya dan terlindung.

Beberapa penduduk turut memaklumkan bahawa penyeludup sering menukar lokasi jeti bergerak untuk mengelakkan dikesan.

Selain itu, tinjauan di tebing Thailand berhampiran kawasan operasi menunjukkan beberapa rakit kecil dipercayai milik penyeludup telah berlabuh di bahagian negara jiran, selaras dengan maklumat yang diterima mengenai cubaan mengalihkan struktur haram dari pihak berkuasa.



Sumber: Bernama

KD: Tiap kali operasi bermula, taktik penyeludup pun berubah. Sungai Golok ni betul-betul macam ‘permainan catur’ antara pihak berkuasa dan sindiket.

TERKINI

Warga Emas Berkerusi Roda Dan Berlampin Serta Dua Anak Ditahan Positif Dadah
|
Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun yang berkerusi…
Hampir 300,000 Rakyat Malaysia Bercuti Di Selatan Thailand Sepanjang Cuti Aidiladha
|
Hampir 300,000 pelancong Malaysia membanjiri selatan Thailand sepanjang cuti…
Polis Sahkan Terima Laporan Kes Rogol Di Bilik Jenazah Sebuah Masjid
|
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita yang…
PGA Tumpas Sindiket Seludup Vape Ke Thailand, Remaja 18 Tahun Ditahan
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok…
PGA Rampas 1,400 Pokok Bunga Orkid Dari Thailand Di Rantau Panjang
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas…
9 Anggota APM Kota Bharu Bantu Pindah PesakitWanita 180kg Ke HRPZ II
|
Sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!