OKU fizikal terpaksa cari sisa makanan di kedai makan kerana anak isteri kelaparan

Hidup semakin menghimpit buat Ab Hamid Othman, 51, seorang OKU fizikal yang kini bergelut mencari rezeki untuk isteri dan enam anak di Kampung Jaya Setia, Pantai Cahaya Bulan.

Dia mengakui sudah berulang kali keluar mencari pekerjaan, namun belum ada majikan yang sudi mengambilnya bekerja.

Tekanan hidup semakin terasa apabila dia terpaksa mencari sisa makanan di kedai makan hanya untuk memastikan anak dan isterinya dapat mengisi perut.

Bukan tak usaha kerana hampir setiap hari saya keluar cari kerja cuma belum ada yang nak terima.

Disebabkan tak ada duit, saya terpaksa cari sisa makanan di kedai makan kerana nak bagi anak dengan isteri makan,” katanya.

Ab Hamid sebelum ini menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang dan terpakai di kawasan tong sampah, namun kehidupannya berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan baru-baru ini sehingga menjejaskan pergerakan.

Situasi itu membuatkan hidup mereka semakin sukar.

Selain menyara isteri, Suraya Hasan, 43, dan enam anak berusia tujuh hingga 20 tahun, mereka turut berdepan tunggakan sewa rumah sehingga diminta mengosongkan rumah oleh pemilik.

Menurutnya, keadaan semakin teruk sejak dia tidak dapat lagi bekerja dan duit sewa rumah juga tertunggak.

Keadaan kami sekeluarga semakin teruk sejak saya tidak dapat bekerja dan sewa (rumah) pun tertunggak sampai pemilik terpaksa minta kami kosongkan rumah dengan segera.

Saya memang tiada duit dan kasihan dengan anak terutama yang kecil kerana nak tidur pun tak boleh sebab kelaparan.

Sebagai bapa dan ketua keluarga, saya berasa tak berguna kerana tak dapat nak cari makanan buat mereka,” katanya.

Ab Hamid berkata, andai tubuhnya sihat dan diberi peluang, dia tetap mahu bekerja demi keluarganya.

Namun faktor usia serta status OKU akibat masalah kebas tangan sejak tujuh tahun lalu mungkin menyebabkan majikan keberatan untuk mengambilnya.

Dia turut berkongsi bahawa sebelum kemalangan, dia mengutip barangan terbuang sebagai usaha menyara keluarga, walaupun pendapatannya tidak menentu.

Sekarang nak jalan pun tak mampu. Tapi waktu boleh berjalan sebelum ini, saya keluar juga cari kerja dan pernah singgah pasar kemudian ada yang sedekahkan kuih dan lebihan nasi tak habis dijual.

Balik ke rumah, saya nampak muka anak yang kelaparan gembira tapi sayangnya kuih dan makanan sudah tak boleh dimakan sudah basi,” katanya.

Lebih membebankan, beliau memaklumkan tidak lagi menerima elaun bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jadi saya kena usaha sendiri dan harap sangat ada pihak yang dapat membantu.

Saya malu nak meminta-minta tapi terpaksa kerana memikirkan anak dan isteri. Biar saya yang berlapar tapi bukan mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0310029816476094 (Suraya Hassan).


KD: Bila tengok orang dalam kesusahan ni sebenarnya ujian tu bukan untuk mereka sahaja, tetapi ujian untuk kita juga samada untuk membantu atau sekadar melihat.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan