Ibu tunggal gigih jual kuih demi sara lapan anak termasuk dua orang OKU

Di sebuah rumah di Kampung Badang, Jalan PCB, seorang ibu tunggal tabah bernama Roslina Mat Yusoff, 45, tidak pernah berhenti berusaha, lapor Sinar Harian.

Demi menyara lapan anak, termasuk dua orang OKU pendengaran, beliau gigih menguli doh menggunakan tangan sendiri bagi menyiapkan kuih sejuk beku untuk dijual.

Selepas berpisah dengan suami tahun lalu, kehidupan Roslina semakin mencabar.

Dengan anak sekecil setahun setengah, beliau terpaksa memikul tanggungjawab seorang diri untuk memastikan dapur tetap berasap.

“Dah lima tahun saya berniaga kecil-kecilan dari rumah… buat kuih sardin gulung, karipap, donut. Jual ke kedai-kedai dan ambil tempahan.

Setiap hari saya uli dua kilogram tepung dengan tangan sebab tak mampu beli mesin,” katanya ketika ditemui wartawan.

Namun rezeki tidak pernah salah alamat, Roslina menerima bantuan peralatan membuat kuih bernilai RM4,690 di bawah Program Cakna Prihatin PERKESO bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Penyerahan barangan disempurnakan oleh Pengarah SSM Kelantan, Mohd Zawawi Ahmad, manakala Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, turut hadir menyaksikan.

Sejak Julai lalu, Roslina mencarum RM13.10 sebulan di bawah Skim Lindung Kendiri PERKESO, membolehkannya layak menerima bantuan tersebut sebagai perlindungan jika berlaku kecemasan.

Kini tinggal menumpang di rumah ibu mentuanya, Roslina mengakui hidupnya agak tidak menentu. Bila-bila masa boleh diminta keluar, sedangkan anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian yang rapi.

Daripada lapan anaknya, dua daripadanya ialah OKU pendengaran — anak kedua, Nurin Alisya Safiah, 20, yang turut membantu mengusahakan pembuatan kuih setiap hari, serta adiknya Nurin Aisyah, 14.

“Saya sedang cari rumah nak pindah… bila ada tempat sendiri, saya nak mulakan perniagaan lebih baik depan rumah.

Mesin yang dapat ni, saya nak guna untuk buat kuih dan ambil lebih banyak tempahan,” katanya.

Beliau juga berkongsi bahawa lima anaknya masih bersekolah, manakala anak sulung berusia 23 tahun kini menuntut di Universiti Malaysia Kelantan.

Sementara itu, Nora Yaacob berkata Roslina merupakan salah seorang daripada 20 usahawan mikro yang menerima bantuan peralatan seperti mesin pengadun, pengisar dan periuk elektrik.

PERKESO menerima penyaluran wakalah zakat korporat serta sumbangan CSR berjumlah RM148,783.90 bagi seluruh negara, dan lebih RM51,000 daripadanya disalurkan kepada penerima di Kelantan.



“Penerima juga mengikuti Latihan Asas Keusahawanan MYFutureJobs untuk bina keyakinan dan kemahiran pengurusan perniagaan,” katanya.

KD: Semangat mak-mak macam kak Roslina ni memang luar biasa, 8 orang anak nak kena sara tu... Semoga perniagaan kuih beliau makin maju!

BACA: Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!