Lelaki cedera ditembak semasa mencari petai di hutan

Seorang lelaki cedera dipercayai ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di Kuala Pilah semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata semasa kejadian mangsa berusia 47 tahun berada di lokasi seorang diri.

“Mangsa dikatakan terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang, sempat menghubungi ahli keluarga untuk meminta bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Muhamad Mustafah berkata mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini dan dilaporkan stabil. 

Beliau berkata siasatan dijalankan termasuk bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.



Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999 atau pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Helmi Hussin 018-985 1207 untuk membantu siasatan.

Sumber: Bernama

TERKINI

‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!