Kastam rampas 638kg bunga ganja bernilai RM62.5 Juta di Selangor

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 638 kilogram bunga ganja dianggarkan bernilai RM62.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan, Selangor, yang dipercayai dijadikan tempat pembungkusan dadah sebelum diseludup ke luar negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Siti Mang, berkata rampasan yang dibuat di rumah sewa itu pada 2 Disember lalu merupakan yang terbesar pada tahun ini membabitkan bunga ganja.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 3.50 petang pada 2 Disember lalu, sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM membuat serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Seri Kembangan.

“Pasukan serbuan menemui 17 kotak dan sejumlah bungkusan aluminium mengandungi leraian tumbuhan berwarna hijau.

“Bahan ini disyaki dadah berbahaya jenis bunga ganja dengan anggaran berat kasar 638 kilogram dengan nilai dianggarkan RM62.5 juta,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas modus operandi sindiket berkenaan, Siti berkata rumah tersebut disyaki dijadikan lokasi pembungkusan bunga ganja yang dimasukkan ke dalam kotak cadar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan keterangan pada bungkusan kotak, dagangan dinyatakan sebagai cadar mikrofiber. Semua bungkusan ini dipercayai untuk dihantar ke luar negara,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati rumah itu disewa sejak September lalu dan dipercayai dijadikan markas membungkus bunga ganja yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Ketika serbuan dijalankan, tiada suspek berada di lokasi. Kami turut merampas mesin pembungkusan kedap udara dan sebuah motosikal,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan JKDM mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan penyeludupan, khususnya melibatkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan serta lain-lain barangan terlarang.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!