Gadis 15 tahun dilapor hilang di Kuala Krai ditemui di Bachok

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Laloh, Kuala Krai, telah ditemukan selamat di Bachok pada Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, remaja berkenaan, Alisa Safika Noor Azmi, dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Tawang pada jam 10.30 malam selepas individu tersebut membaca laporan media berkaitan kehilangan gadis itu.

Difahamkan, Alisa Safika tinggal bersama neneknya yang berusia 73 tahun di Kampung Lata Rek dan dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 2 pagi, dua hari lalu.

BACA: Remaja 15 tahun dilaporkan hilang di Kuala Krai, polis mohon bantuan orang ramai

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Mazlan Mamat memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja berkenaan selepas laporan polis dibuat di Balai Polis Laloh pada Jumaat.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Dua Sepupu Remaja Hilang Selepas Keluar Bersiar-Siar Di Kota Bharu
|
Dua remaja perempuan yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang…
Sikap Tamak Punca Pelabur Kelantan Rugi RM5.18 Juta Terperdaya Sindiket Penipuan
|
Sikap tamak dan keinginan untuk meraih keuntungan lumayan dalam…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!