72 premis makanan di Kelantan ditutup 14 hari, gagal patuhi tahap kebersihan

Sebanyak 72 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sepanjang tahun ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan, jajahan Machang merekodkan jumlah tertinggi penutupan premis iaitu sebanyak 13 buah, diikuti Bachok dan Kota Bharu masing-masing sembilan premis.

Pengarah JKNK, Dr Mohd Azman Yacob, berkata tindakan pemilik premis yang gagal mematuhi perintah penutupan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau, operasi pemeriksaan dilaksanakan bagi memastikan premis makanan mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan, sekali gus mencegah penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, tifoid serta kolera.

“Sepanjang operasi ini, sebanyak 6,957 premis termasuk gerai, restoran, kilang dan bazar Ramadan diperiksa. Daripada jumlah itu, 70 peratus mendapat gred A, 26 peratus gred B manakala empat peratus gred C,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan status kebersihan tersebut belum menggambarkan situasi sebenar di seluruh negeri kerana pemeriksaan setakat ini hanya melibatkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan premis makanan di Kelantan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 2,813 notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai kompaun RM519,950, manakala 79 notis lagi dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melibatkan kompaun RM46,600.

Dr Mohd Azman menegaskan, tanggungjawab memastikan kebersihan premis terletak sepenuhnya di bahu pemilik dan pengendali premis makanan.

Tambah beliau, pemilik premis yang gagal mematuhi elemen kebersihan telah diberikan bimbingan serta peluang untuk melakukan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing.



Sumber: Bernama

TERKINI

Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Jawatan Kosong Kelantan