Risau banjir datang balik, penduduk serba salah mahu bersih rumah

Penduduk di Kampung Takang masih dilema sama ada mahu memulakan kerja membersihkan rumah atau menunggu banjir benar-benar pulih sepenuhnya, lapor Harian Metro.

Walaupun air di dalam kediaman sudah mula surut, beberapa laluan utama kampung masih digenangi banjir, menyebabkan ramai memilih untuk berjaga-jaga.

Awang Amat Jusoh, 61, berkata dia dan isterinya, Kamariah Jusoh, 63, menangguhkan dahulu kerja pembersihan kerana bimbang banjir boleh naik kembali memandangkan musim tengkujuh masih belum berakhir.

“Takut nak simpan… mari banjir pula nanti. Bila sudah simpan barang, malas nak ulang balik, barang pun banyak,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, barangan elektrik dan dokumen penting masih diletakkan di tempat tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi seorang lagi penduduk, Siti Rafeah Ismail, 72, beliau tidak mempunyai banyak pilihan kerana perlu membersihkan kawasan dapur yang dimasuki air.

Lima hari terperangkap sejak Ahad lalu memaksanya bergantung sepenuhnya pada stok makanan yang dibeli sebelum musim banjir.

“Tahun ini kami tak berpindah ke PPS. Bila air surut, kami bersihkan sedikit sebab dapur dimasuki air. Tapi dalam hati tetap risau kalau banjir datang lagi,” katanya.

Sementara itu, peniaga mee celup, Nor Liyana Abdul Samad, 29, berkata dia terpaksa membersihkan kedainya bagi meneruskan punca pendapatan.

Kedainya sebelum ini ditenggelami air paras lutut selama lima hari.



“Air naik lebih 0.3 meter. Gelombang kedua macam mana pun kita tak tahu, tapi kena mula berniaga juga,” jelasnya.

Walaupun keadaan semakin baik, penduduk Kampung Takang masih kekal waspada dengan kemungkinan air kembali naik pada bila-bila masa.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!