Lengkapkan segera maklumat di MyIBJKM bagi dapatkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 – NADMA

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyeru semua mangsa banjir di seluruh negara supaya membuat pendaftaran rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) serta melengkapkan maklumat dalam aplikasi MyIBJKM bagi memastikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 dapat disalurkan dengan cepat dan teratur.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim, berkata pendaftaran dengan JKM adalah syarat utama sebelum bayaran dibuat kepada ketua isi rumah (KIR) dan turut membantu proses verifikasi maklumat melalui sistem yang digunakan jabatan itu.

“Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi.

“Jika mereka tidak daftar, kita bimbang timbul masalah sehingga melambatkan bayaran,” katanya.

Beliau berharap semua mangsa, di mana sahaja mereka berada, hadir ke PPS untuk mendaftar dan mengisi maklumat melalui aplikasi MyIBJKM menggunakan kod QR yang disediakan JKM.

Meor Ismail menjelaskan, pembayaran BWI akan dibuat melalui dua kaedah iaitu dengan pindahan wang elektronik (ETF) kepada penerima yang mengemas kini maklumat akaun bank dalam MyIBJKM, atau bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

“BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak. Jika ada masalah teknikal atau tidak faham prosesnya, boleh jumpa pegawai JKM di PPS. Insya-Allah, semua dipermudah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mangsa yang mempunyai anak kecil, warga emas atau ahli keluarga berisiko tinggi supaya berpindah ke PPS demi keselamatan. Sepanjang berada di PPS, pergerakan kanak-kanak juga perlu sentiasa dipantau.



Dalam perkembangan lain, mengenai situasi banjir di Perlis, Meor Ismail berkata keadaan ketika ini masih terkawal walaupun hujan berterusan direkodkan.

“Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang,” katanya.

BACA: Mangsa banjir berdaftar di PPS akan dapat bantuan BWI RM1,000
BACA: Kemaskini laporan menyeluruh info banjir di negeri Kelantan

KD: BWI ni untuk membantu mangsa banjir masa balik rumah selepas banjir. Harap semua yang layak sempat daftar awal, tak ada yang tercicir bila bantuan mula diagihkan nanti.

Sumber: Bernama

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!