PGA, ATM Perketat Kawalan Sempadan Sungai Golok Guna Dron Susulan Paras Air Semakin Cetek

Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketat kawalan di sepanjang sempadan Sungai Golok di Rantau Panjang di sini susulan paras air sungai itu semakin cetek akibat musim kemarau.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata langkah tersebut diambil bagi mengekang aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan senjata api yang mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan geografi semasa.

Menurut beliau, kekuatan anggota keselamatan di kawasan sempadan itu kekal seperti sedia ada, namun pihaknya mempertingkatkan risikan serta pemantauan.

Katanya, dua unit dron daripada Pasukan Gerakan Udara dan Kementerian Dalam Negeri turut digunakan bagi memantau kawasan sempadan setiap hari.

“Setakat ini tiada cubaan penyeludupan secara besar-besaran dikesan masuk ke Kelantan.

“Bagaimanapun semalam pihak berkuasa Thailand berjaya merampas kira-kira 500 kilogram pil yaba di negara itu yang dipercayai cuba dihantar ke Kelantan menggunakan taktik perkhidmatan kurier,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bakul Ramadan An’Nisa kepada 60 asnaf dan ibu tunggal di sini pada Isnin.

Mohd Yusoff berkata, keadaan Sungai Golok yang semakin cetek berikutan musim panas berpotensi memudahkan pergerakan rentas sempadan secara tidak sah.


Sehubungan itu, pihak berkuasa akan terus meningkatkan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan serta mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!