‘Datuk John’ disambung reman kes penyeludupan minyak masak bersubsidi

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi dalang sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi ke Thailand disambung reman selama tiga hari bermula esok.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas membenarkan permohonan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Suspek yang dikenali sebagai ‘Datuk John’ sebelum ini direman empat hari dan kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan menutup muka tiba di mahkamah pada jam 9.32 pagi.

Media sebelum ini melaporkan sindiket berkenaan tumpas selepas suspek bersama anak-anak buahnya ditahan dalam Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan dan Penyeludupan Barang Kawalan Bersubsidi di Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Dalam serbuan di Jalan Kuala Krai, suspek turut dicekup bersama dua penjawat awam yang dipercayai terlibat dengan kegiatan ‘counter setting’ di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, siasatan awal mendapati sindiket yang didalangi ‘Datuk John’ aktif menyeludup minyak masak peket ke Thailand sejak dua tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Bernama melaporkan dua anggota penguat kuasa antara lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengatur aktiviti ‘counter setting’ bagi sindiket penyelewengan 11,050 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di sekitar Pasir Mas.

Operasi tersebut dijalankan oleh KPDN Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Kosmo

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan