Bukit Bunga sepi, perlukan nafas baharu tarik semula pelancong

Bukit Bunga perlukan nafas baharu untuk tarik semula pengunjung

Bukit Bunga, destinasi beli-belah yang suatu ketika dahulu meriah, kini dilihat semakin suram apabila banyak premis perniagaan terpaksa ditutup akibat kekurangan pelanggan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Bernama.

Kawasan yang terletak berhampiran Lebuh Raya Timur Utama dan bersempadan dengan Thailand itu pernah menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Namun tinjauan mendapati sebahagian besar lot kedai kini kosong, manakala beberapa peniaga terpaksa gulung tikar kerana hasil jualan merosot sejak tiga tahun lepas.

Mariyana Muhammad, 53, seorang peniaga makanan kering yang telah berniaga lebih 30 tahun di kawasan itu, berkata hasil jualannya kini menurun hampir 70 peratus.

“Hendak dapat RM100 hingga RM200 sehari pun sukar, sedangkan dahulu jualan saya boleh mencecah antara RM1,000 hingga RM2,000 sehari,” katanya.

Menurut Mariyana, suasana suram hanya kembali hidup ketika musim perayaan atau cuti panjang apabila perantau dari utara pulang ke Kelantan.

Dia berharap pelaksanaan pelbagai program oleh agensi kerajaan atau swasta dapat menjadi platform untuk menarik semula orang ramai ke Bukit Bunga.

Fatimah Dollah, 47, peniaga pakaian, berkongsi pandangan yang sama. Dahulu, rata-rata peniaga boleh memperoleh jualan RM1,000 hingga RM2,000 sehari, namun kini kadang-kadang langsung tiada pelanggan.

Ramai pelanggan kini lebih tertarik membeli-belah di Thailand kerana terdapat banyak program dan produk pelancongan menarik di sana.

“Sayang sebab lokasi ini strategik, dekat dengan sempadan dan laluan utama ke negeri utara tanah air, tetapi kurang program menarik dan produk pelancongan.



Apabila banyak kedai tutup, peluang pekerjaan pun semakin berkurang. Tidak mustahil satu hari nanti pekan ini hanya tinggal kenangan,” katanya.

Sumber: Bernama

TERKINI

AS Akan “Berundur’ Dari Iran Dalam Tempoh 2 Hingga 3 Minggu
|
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa tentera Amerika akan…
Bersedia Hadapi Peningkatan Kos Bahan Api Bagi Penjanaan Elektrik
|
Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan kos bahan api…
Pemandu Mabuk, Positif Dadah Hadapi Tuduhan Bunuh
|
Seorang juruteknik yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah…
Dari Sawah Terbiar Kini Jadi Ikon Baharu Pelancongan Desa Di Jelawat, Bachok
|
Siapa sangka kawasan sawah padi yang suatu ketika dahulu…
Pelajar Terbaik Kelantan Raih 12A+ SPM, Hafiz al-Quran, Fasih 3 Bahasa
|
Impian seorang ibu yang tidak kesampaian untuk menjadi doktor…
Disahkan Autisme Pada Usia 16 Tahun, Pelajar SMKA Naim Lilbanat Raih 10A Dalam SPM
|
Walaupun disahkan menghidap autisme pada usia 16 tahun, seorang…
Jawatan Kosong Kelantan