Zizi Kirana kongsi kebiadapan tentera Israel ketika dalam tahanan

ISTANBUL Satu demi satu kisah ngeri dikongsikan aktivis wanita yang baru dibebaskan daripada tahanan tentera Israel, saksi hidup kekejaman di perairan antarabangsa.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, menceritakan pengalaman pahit yang tidak akan dilupakan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza, apabila beliau diperlakukan secara biadab oleh tentera rejim Zionis.

Dalam pertemuan bersama Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, Zizi berkata dirinya diherdik, dipaksa menanggalkan pakaian serta dihina kerana memegang al-Quran dan menutup aurat.

“Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’ "Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas,” katanya.

Pengalaman pahit itu berlanjutan ketika dibawa ke pusat imigresen Israel. Zizi berkata, askar memaksa beliau membuka kasut, stokin serta tudung walaupun sudah dijelaskan bahawa ia dilarang dalam Islam.

“Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, "no, it’s haram, I am Muslim". Tapi mereka tarik juga tudung saya.” ujarnya.

Menurut Zizi, walaupun dikelilingi askar bersenjata, beliau cuba menenangkan diri, namun hatinya hancur melihat kekejaman yang melampaui batas.

“Kawan-kawan saya yang bukan Islam pun menangis tengok. Mereka jerit, ‘be strong!’ Saya cuma mampu sebut, Ya Allah, Ya Allah… sambil mereka terus periksa dan suruh saya buka semua pakaian.” jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau dipaksa memakai pakaian penjara tanpa hijab. Inner baju digunting, kasut ditarik dan tudung dirampas sebelum dibawa menaiki bas ke penjara.

“Sampai di penjara pun mereka tak bagi pakai hijab. Inner baju saya digunting, kasut ditarik, tudung saya direntap lagi sebelum naik bas ke penjara. Tapi saya tetap pegang sisa hijab saya yang tinggal.”

Dalam keadaan itu, Zizi hanya mampu berdoa agar kezaliman Israel mendapat pembalasan.



“Ya Allah, berikanlah balasan yang setimpal dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap umat Islam di dunia ini," itu doa yang tidak henti-henti dipanjatkan Zizi.

Misi Global Sumud Flotilla disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara, termasuk 23 sukarelawan Malaysia. Semua aktivis Malaysia kini selamat tiba di Istanbul selepas dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#KelantanDaily
Sumber: Awani

TERKINI

Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Jawatan Kosong Kelantan