Polis tahan pasangan kekasih dalang samun RM5.7 juta emas di Pasir Mas

PASIR MAS – Polis Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamun 10.9 kilogram (kg) emas bernilai RM5.7 juta di sebuah kedai pajak gadai di sini, yang juga tempat kekasihnya bekerja, pada 21 Oktober lalu, lapor Sinar Harian.

Turut ditahan ialah kekasihnya yang berusia 49 tahun, seorang pengawal keselamatan, serta empat pekerja kedai pajak gadai terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan awal mendapati kekasih suspek yang merupakan pengurus kedai berkenaan dipercayai telah merancang jenayah itu selama sebulan. Wanita itu telah bekerja di premis berkenaan selama 17 tahun.

“Pada 21 Oktober jam 1 petang, lelaki itu memasuki kedai ketika pengawal keselamatan keluar menunaikan solat. Suspek bertindak menyembur cecair pembasmi kuman ke arah pekerja serta mengacukan pisau sebelum masuk ke bilik kebal dan melarikan barang kemas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, pada Selasa.

Susulan laporan diterima, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPD Pasir Mas telah menahan empat wanita berusia antara 26 hingga 66 tahun yang merupakan pekerja kedai terbabit.

Tidak lama selepas itu, polis turut menahan seorang pengawal keselamatan berusia 39 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut Mohd Yusoff, hasil risikan lanjut membawa kepada serbuan JSJ IPK Kelantan di sebuah rumah di Rawang, Selangor pada 24 Oktober kira-kira jam 12 tengah hari.

“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama rampasan dua bilah pisau, sebotol cecair pembasmi kuman, wang tunai RM12,880, mata wang Thai Baht 11,160 dan sebuah kenderaan pikap jenis Isuzu,” katanya.

Tambah beliau, satu lagi serbuan dilakukan pada 25 Oktober jam 8.30 malam di Panji, Kota Bharu, di mana polis berjaya menemui 933 plastik berisi pelbagai barang kemas dengan anggaran berat 10.9 kilogram emas bernilai RM5.7 juta.



“Kes ini menunjukkan kejayaan hasil kerjasama JSJ IPK Kelantan dan IPD Pasir Mas dalam membongkar perancangan jenayah terancang yang turut melibatkan orang dalam,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!