3 lelaki warga Indonesia ditahan lombong emas secara haram di Jeli

JELI – Kegiatan melombong emas secara haram di daerah ini terbongkar apabila polis menahan tiga lelaki warga Indonesia dalam satu operasi khas dijalankan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, operasi itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung aktiviti perlombongan emas yang dijalankan tanpa kebenaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki warga Indonesia ditahan selepas tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.

Seorang lagi warga Indonesia pula ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta tidak memiliki permit bagi menjalankan aktiviti perlombongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pemeriksaan lanjut di lokasi turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut, termasuk dua jentera berat jenis excavator, sebuah mesin pam sedut air, dan satu palong melombong emas.

Semua tahanan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut, manakala peralatan yang dirampas dibawa ke Balai Polis Jeli bagi tujuan siasatan.

Kamarulzaman memaklumkan, serbuan tersebut dilaksanakan oleh Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Jajahan Negeri Kelantan) di bawah Op Intra/Inter Agensi.



“Kami akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti haram di kawasan sempadan negara, khususnya di Kelantan,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!