Polis dedah punca kes tetak sepupu hingga maut di Tumpat

KOTA BHARU – Dendam lama berkaitan isu tanah pusaka dan video tular anak suspek yang disunting dalam keadaan tidak senonoh dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut ditetak dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah, Tumpat, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 11.20 malam melalui Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Kelantan serta panggilan MERS999 yang dibuat oleh orang awam.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat) bergegas ke lokasi dan menemui mangsa, Mohd Suhairi Hasim, 46, bapa kepada dua anak yang bekerja sebagai pemandu jengkaut, dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki kanan serta tangan kiri yang putus dipercayai akibat ditetak menggunakan parang panjang.

“Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan polis di lokasi kejadian berjaya menahan suspek berusia 45 tahun di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Khairi berkata, pihak polis turut merampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi talian 09-7257222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat atau video yang tidak sahih berkaitan kes ini bagi mengelak gangguan kepada siasatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bapa tunggal maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi di beberapa bahagian badan sehingga menyebabkan tangan kiri dan kaki kanan putus dalam kejadian sama.



Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam oleh ibunya, Wan Salma Wan Said, 68.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!