PGA gempur gudang vape di Tumpat, rampasan cecah RM6.7 juta

TUMPAT – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sejumlah besar rokok elektronik (vape) dalam serbuan ke atas sebuah stor di Kampung Telaga Bata, Tumpat, awal pagi jumaat.

Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, hasil risikan terhadap premis yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan vape sebelum diseludup ke Thailand.

Hasil pemeriksaan, polis menemui 29,960 unit cartridge vape dan 37,800 unit peranti vape yang disimpan dalam beratus kotak dibalut plastik kuning di dalam stor berkenaan.

Siasatan mendapati rokok elektronik terbabit tidak mematuhi standard Malaysia di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik). Semakan lanjut turut mengesahkan alamat pada sijil pendaftaran syarikat (SSM) tidak sepadan dengan lokasi operasi stor tersebut.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bertugas sebagai penjaga stor turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut PGA, stor berkenaan dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum rokok elektronik itu diseludup keluar melalui pengkalan haram sekitar Tumpat.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM6.7 juta dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Perintah 4(1) dan 4(2) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!