Petrol, minyak masak subsidi Malaysia bersepah di pasar pagi Thailand

SUNGAI GOLOK Bekalan minyak masak paket bersubsidi dan petrol RON95 dari Malaysia dilaporkan tidak pernah terputus di Selatan Thailand termasuk di pekan Sungai Golok, malah boleh diperoleh dengan jumlah yang banyak tanpa had.

Menurut laporan Berita Harian, situasi itu menunjukkan kegiatan penyeludupan barangan kawalan bersubsidi berterusan walaupun kawalan keselamatan di sempadan dipertingkatkan.

Keadaan ini jelas berbeza dengan Malaysia, khususnya melibatkan minyak masak yang hanya dibenarkan pembelian dua paket setiap orang.

Tinjauan wartawan Berita Harian di pekan Sungai Golok mendapati minyak masak paket dijual secara terbuka di kedai runcit dan pasar pagi dengan harga antara 40 baht hingga 50 baht (RM5.30 hingga RM6.60) sekilogram, berbanding harga di Malaysia RM2.50.

Satu kotak mengandungi 17 paket minyak masak pula dijual pada harga 650 baht (RM86). Antara jenama yang ditemui ialah 303, DW7, 101, 3T dan Tiga Udang yang dipercayai diproses oleh pengilang dari Kelantan.

Lebih mengejutkan, peniaga di pekan berkenaan mendakwa bekalan minyak masak paket dari Malaysia amat banyak dan turut dihantar sehingga ke Pattani berikutan permintaan tinggi, memandangkan harga minyak masak di Thailand jauh lebih mahal.

Malah, permintaan wartawan konon untuk membeli sehingga 10 kotak juga tidak menjadi masalah buat peniaga di sana kerana stok mereka sentiasa tersedia.

Tinjauan juga mendapati petrol RON95 dari Malaysia dijual secara terbuka di tepi jalan hingga ke Pattani, dengan harga sekitar RM3.30 hingga RM3.60 seliter atau RM31 hingga RM33 bagi 10 liter.

Seorang peniaga dikenali sebagai Yahya berkata, bekalan petrol tidak pernah terputus kerana sentiasa ada orang tengah yang membawanya dari Malaysia, sama ada melalui pangkalan haram atau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) menggunakan kenderaan Malaysia yang berulang-alik mengisi petrol.

“Tiada masalah walaupun Malaysia kini mengehadkan pembelian minyak kerana harga RM2.60 masih jauh lebih murah berbanding harga petrol di sini iaitu lebih RM4 seliter,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!