Penerima STR dan SARA bakal terima sehingga RM4,600 setahun

Kerajaan mengumumkan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM15 bilion kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini berkata, semua 9 juta penerima STR akan turut menerima bantuan SARA antara RM50 hingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori.

“Bagi tahun 2026, semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.

Manakala, satu juta penerima STR di bawah senarai eKasih akan menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun,” katanya.


Kategori dan Jumlah Bantuan

Anwar menjelaskan, penerima kategori bujang pula akan menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan menerusi SARA.

Bagi kategori isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak, mereka layak menerima jumlah maksimum RM4,600 setahun — iaitu RM2,200 di bawah STR dan RM2,400 melalui SARA.

“Peningkatan ini hasil penjimatan kerajaan menerusi penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95,” ujar beliau.


100 RINGGIT SARA UNTUK SEMUA RAKYAT DEWASA

Anwar turut mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 tambahan melalui SARA Penghargaan, seperti yang pernah diberikan pada Ogos lalu.



“Sukacita saya umumkan, kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Bayaran akan disalurkan pada pertengahan Februari 2026, bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurut beliau, lebih 70 peratus penerima telah membelanjakan bantuan SARA terdahulu, dan baki yang tidak digunakan menjelang Disember akan diagihkan semula untuk program bantuan rakyat miskin.

#KelantanDaily

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!