Kerajaan negeri sambut baik Belanjawan 2026, fokus pelaksanaan projek di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik Belanjawan 2026 yang diumumkan Kerajaan Persekutuan, dengan beberapa peruntukan penting yang dilihat mampu memperkukuh pembangunan infrastruktur serta kemakmuran rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, berkata antara projek baharu yang diberi keutamaan ialah naik taraf jalan sedia ada kepada jalan berkembar empat lorong di Rantau Panjang dan naik taraf landasan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang.

Selain itu, beberapa projek penting turut diumumkan termasuk naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, projek jalan utama Kubang Kerian–Bachok dan Pasir Mas–Salor, Sistem Saliran Bandar Baru Tunjong, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mukim Tiong dan Mukim Jelutong, serta Sistem Bekalan Air Luar Bandar di Pasir Mas.

Beliau berkata, projek-projek tersebut akan memberi impak besar terhadap pembangunan jangka panjang negeri, selain turut melibatkan projek Loji Rawatan Air Machang, pelaksanaan Program Non-Revenue Water (NRW) dan pelbagai inisiatif lain bagi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Negeri turut menzahirkan harapan agar lebih banyak projek baharu dalam sektor pertanian dan pelancongan dapat diberi perhatian di bawah fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), memandangkan kedua-dua sektor ini mempunyai potensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, projek infrastruktur utama seperti Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai dan projek tebatan banjir perlu dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat.

“Projek-projek yang telah diluluskan melalui RMK terdahulu tetapi masih berstatus belum dimulakan juga diharapkan dapat digerakkan segera demi kepentingan rakyat dan kemajuan negeri,” katanya.



Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri amat menghargai peruntukan yang diumumkan kepada Kelantan, dan menegaskan pelaksanaan projek secara cekap dan berkesan akan memperkukuh asas pembangunan negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

#KelantanDaily

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!