Pelajar SMK Dato’ Ahmad Maher cipta ‘Colorguard’ kesan pewarna tiruan

BACHOK – Tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu mencipta produk inovatif dinamakan ‘Colorguard’, yang menggunakan ekstrak kubis ungu bagi mengesan pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.

Ketua kumpulan, Muhammad Ameer Jamaludin, berkata produk itu terhasil daripada kajian yang mendapati kubis ungu mengandungi antosianin, iaitu bahan semula jadi yang bertindak balas terhadap tahap keasidan serta bahan kimia dalam makanan yang mengandungi pewarna tiruan.

Beliau berkata, produk berkenaan yang dihasilkan bersama dua rakannya — Syed Adheem Syed Khairudin dan Muhammad Aiman Hakim Najeli — bukan sahaja membantu pengguna mengesan bahan pewarna tidak selamat, malah menyokong amalan pemakanan sihat dan penggunaan bahan semula jadi.

“Kubis ungu juga murah serta mudah didapati di pasaran. Kaedah penyediaannya ringkas, hanya perlu merebus kubis ungu selama kira-kira 15 minit sebelum menapis air rebusan untuk dijadikan bahan pengesan.

“Sebaik bahan pengesan tersedia, pengguna hanya perlu meletakkan sedikit sampel makanan atau minuman di atas kapas dan menitiskan larutan kubis ungu. Jika berlaku perubahan warna dalam tempoh 30 hingga 40 saat, ia menunjukkan makanan atau minuman berkenaan mengandungi pewarna sintetik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempersembahkan hasil inovasi berkenaan pada Festival Idea 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, semalam.

Produk ‘Colorguard’ itu turut mencipta kejayaan apabila merangkul pingat emas bagi Anugerah Kluster Terbaik (Sains) kategori sekolah menengah yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Muhammad Ameer berkata produk itu mula dibangunkan kira-kira dua minggu lalu selepas mereka menyedari kesan negatif pewarna sintetik berlebihan terhadap kesihatan kanak-kanak.



Beliau turut menyatakan hasrat untuk menambah baik produk inovasi itu pada masa akan datang bagi mengoptimumkan penggunaan kubis ungu sebagai bahan pengesan pewarna sintetik, dengan bimbingan Guru Pembimbing, Mohd Zaidi Mat.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

727 barangan, kereta mewah milik Datuk Seri Vida akan dilelong
|
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Proses lelongan membabitkan kereta…
Polis terima beberapa maklumat baharu, siasatan kes Wan Ahmad Faris disegerakan
|
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan…
32 kes kecurian kabel ECRL direkodkan melibatkan kerugian lebih RM3 juta
|
MARAN, 14 Okt – Sebanyak 32 kes kecurian kabel…
KPDN Kelantan dedah ‘anok-beranok’ jadi dalang sindiket seleweng diesel
|
KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…
SMK Panggung Jaya, Gua Musang bukti kehebatan di kejohanan robot antarabangsa
|
JAKARTA – Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya,…
Pelajar SMK Dato’ Ahmad Maher cipta ‘Colorguard’ kesan pewarna tiruan
|
BACHOK – Tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan…
Jawatan Kosong Kelantan