Polis terima beberapa maklumat baharu, siasatan kes Wan Ahmad Faris disegerakan

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan segera berhubung kes kematian Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, yang dipercayai menjadi mangsa bunuh pada tahun 2013.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata tindakan itu diambil selepas beberapa maklumat tambahan diperoleh hasil pertemuan antara PDRM dan peguam yang mewakili keluarga mangsa baru-baru ini.

“Siasatan masih berjalan dan saya percaya pihak PDRM akan menjalankan siasatan lanjut dalam kadar segera.

Beberapa maklumat tambahan sudah diperoleh hasil pertemuan peguam mewakili keluarga Allahyarham dan PDRM, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan dua individu dijangka tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman itu.

Peguam keluarga, Dr Zulqarnain Lukman, berkata saksi terbabit telah menyatakan kesediaan mereka untuk tampil memberi keterangan kepada polis, namun meminta jaminan keselamatan kerana bimbang terhadap ancaman yang diterima.

Kes kematian Wan Ahmad Faris, pelajar Tingkatan Empat, pernah menggemparkan negara apabila mayatnya ditemui tergantung dalam tandas asrama sekolah berkenaan di Kok Lanas, pada Disember 2013.

Mayat mangsa ditemui penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas.

No posts found!



Laporan bedah siasat ketika itu mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tanpa unsur jenayah. Namun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 kemudian memutuskan bahawa kematian pelajar itu disebabkan oleh perbuatan bunuh oleh individu yang belum dikenal pasti.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

[VIDEO] Saintis Amerika Kongsi Khasiat Durian, Puji Durian Malaysia Antara Yang Terbaik
|
Seorang ahli kimia organik dari Amerika Syarikat, Dan Gubler,…
[VIDEO] Hiyaz Community Ambil Tindakan Selepas Dahan Pokok Undang Risiko Kemalangan
|
Tular di media sosial rakaman video memaparkan sebatang pokok…
1,494 Pelajar Cemerlang Dirai, Rekod Kecemerlangan Pendidikan Kelantan Terus Meningkat
|
Seramai 1,494 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan…
Tekong Pandu Bot Laju Dalam Gelap Redah Sungai Kelantan Bawa Masuk PATI
|
Tekong penyeludup sanggup mengemudi bot pada kelajuan tinggi dalam…
Majlis Daerah Ketereh Laksana Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) melaksanakan Operasi…
Dua Lelaki Ditahan Guna Pangkalan Haram Selepas Pulang Berhibur Di Golok
|
Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!