32 kes kecurian kabel ECRL direkodkan melibatkan kerugian lebih RM3 juta

MARAN, 14 Okt – Sebanyak 32 kes kecurian kabel dan komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) direkodkan dari Jun hingga 10 Oktober lepas dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM3 juta.

Pengarah Keselamatan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) Seksyen 13, Shi Liang Hui, berkata Pahang mencatat kes tertinggi dengan 24 kes diikuti Terengganu (tujuh kes) dan Kelantan (satu kes).

“Mereka yang terlibat dalam kes ini hanya menyasarkan kabel ‘overhead’ dan ‘ground’ serta kotak transformer. Kejadian ini boleh menyebabkan kelewatan projek ECRL disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Luit di sini, hari ini.

Shi berkata kegiatan mencuri kabel dan komponen penting itu menjejaskan kelancaran kerja teknikal dan boleh menyebabkan kelewatan keseluruhan jadual projek.

Susulan itu, pihaknya telah mengadakan libat urus bersama polis serta melantik dua syarikat keselamatan untuk mengawal selia kawasan pembinaan agar kejadian sama tidak berulang.

“Kita (CCCECRL) juga telah memasang 66 unit kamera litar tertutup (CCTV) sejak September lepas sebagai langkah pencegahan dan bagi membantu siasatan polis sekiranya berlaku aktiviti kecurian,” katanya.

Dalam masa sama, Shi menasihati orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan kecurian kabel.



“Kita perlu sentiasa menjaga keselamatan projek ini kerana ia merupakan projek negara untuk kemudahan rakyat,” tegasnya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Jawatan Kosong Kelantan