Laluan kereta api Pasir Mas ke Rantau Panjang dihidupkan semula

KOTA BHARU – Selepas hampir 20 tahun tidak beroperasi, laluan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang bakal dihidupkan semula melalui kerja baik pulih dan naik taraf landasan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2026 hari ini.

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah penting untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan di kawasan sempadan negara, khususnya bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan Thailand.

“Kerajaan menyokong kegiatan ekonomi di sempadan negara dengan menambah baik prasarana asas, antaranya menaik taraf landasan kereta api Pasir Mas–Rantau Panjang,” kata Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2026 di Parlimen pada jumaat.

Laluan sejauh kira-kira 18.7 kilometer itu dibuka sejak 1921, namun ditutup kepada penumpang pada 1982 dan dihentikan sepenuhnya pada 2006 selepas kerosakan teruk akibat banjir besar serta faktor keselamatan.

Stesen Rantau Panjang kini berada dalam keadaan usang, manakala landasan lama memerlukan pembaikan menyeluruh sebelum operasi boleh disambung semula.

Projek ini dijangka memberi impak besar kepada sistem pengangkutan dan logistik di kawasan sempadan, memandangkan Rantau Panjang merupakan pintu masuk utama ke Thailand dan tumpuan perdagangan bebas cukai di Kelantan.


Cadangan: Integrasi Dengan ECRL

Walaupun tidak disebut secara rasmi dalam belanjawan, penganalisis berpendapat laluan Pasir Mas–Rantau Panjang mempunyai potensi besar untuk diintegrasikan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sambungan terus ke sempadan akan memendekkan masa penghantaran barangan antara Malaysia dan Thailand, serta menjadikan Rantau Panjang hab logistik baharu di utara Kelantan.

Menurut anggaran tidak rasmi, kos untuk menghidupkan semula laluan KTM Pasir Mas–Rantau Panjang dianggarkan sekitar RM300 juta, jauh lebih rendah berbanding kos lanjutan jajaran ECRL dari Tunjong ke Rantau Panjang yang dianggarkan sekitar RM2 bilion.



Jika direalisasikan, laluan ini berpotensi menghubungkan perkhidmatan KTM dan ECRL secara terus, sekaligus membuka semula pergerakan rentas sempadan melalui rel antara Rantau Panjang (Malaysia) dan Sungai Golok (Thailand) yang terhenti sejak hampir dua dekad lalu.

#KelantanDaily

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!