ECRL Kelantan Hampir Lengkap, Kemajuan Capai 96.67 Peratus

Pembinaan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 43 kilometer di negeri Kelantan mencatat tahap kemajuan sebanyak 96.67 peratus sehingga Disember 2025.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, YB Dato’ Dr Izani Husin berkata Kerajaan Negeri berpuas hati dengan perkembangan semasa projek tersebut.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerajaan negeri melihat kemajuan yang hampir siap ini sebagai satu petanda jelas bahawa projek ECRL di Kelantan dilaksanakan dengan teratur, tersusun dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan aktif bagi memastikan projek berkenaan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak pelaksana bagi memastikan ECRL bukan sahaja siap mengikut jadual, malah benar-benar memberi impak kepada pembangunan ekonomi, kemudahan mobiliti rakyat serta pembangunan luar bandar,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat susulan lawatan Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook ke ECRL Feeder Station 01 dan Stesen ECRL Kota Bharu hari ini bagi meninjau kemajuan pembinaan jajaran ECRL di Kelantan.

Anthony Loke melawat ECRL Kota Bharu

Anthony Loke melawat tapak Stesen ECRL Kota Bharu pada Khamis. (Foto: UPKN Kelantan)



Sementara itu, YB Loke memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan selaku agensi yang mengawal selia projek ECRL turut berpuas hati dengan tahap kemajuan pembinaan jajaran tersebut.

“Pembinaan jajaran ECRL sepanjang 43 kilometer di negeri Kelantan telah mencapai kemajuan sebanyak 96.67 peratus sehingga Disember 2025 dan kini berada pada tahap yang sangat memberangsangkan,” katanya pada sidang media selepas lawatan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pembinaan stesen ECRL di Kelantan bukan sahaja memberi keutamaan kepada fungsi pengangkutan, malah turut menitikberatkan elemen identiti tempatan.

“Stesen Kota Bharu di Tunjong direka berteraskan konsep ‘Rumah Meleh Melayu’ dan elemen ‘Bunga Ketam Guri’ bagi mengekalkan keunikan seni bina serta warisan budaya Kelantan, di samping menyediakan kemudahan moden dan selesa kepada pengguna,” ujarnya.

lakaran stesen ecrl kota bharu



Selain itu, jajaran ECRL di Kelantan turut melibatkan pembinaan Stesen Kota Bharu untuk kegunaan penumpang sahaja serta Stesen Pasir Puteh di Cherang Tuli yang berfungsi sebagai hab penumpang dan kargo.



Stesen ECRL Kota Bharu dibina di atas kawasan seluas 20.94 hektar dan melibatkan pembinaan platform bertingkat, selain dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk eskalator, lif, kawasan naik-turun penumpang, lebih 500 lot tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berbumbung, landskap serta kuarters pekerja dan krew kereta api.

Sumber: inforakyat.kelantan

SHARE:

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!