Kelantan ambil langkah tegas bendung isu ternakan berkeliaran

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited menangani isu ternakan berkeliaran menerusi pemerkasaan Enakmen Pendaftaran Ternakan Ruminan 2024 yang diwartakan pada 14 November 2024, menggantikan Enakmen Lembu Kerbau 1958.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata enakmen berkenaan digubal bagi memastikan semua ternakan ruminan di Kelantan didaftarkan secara sistematik, sekali gus memperkukuh kawal selia pemilikan, pemindahan dan pengurusan data ternakan di negeri ini.

“Langkah ini amat penting dalam memperkukuh aspek keselamatan makanan, kawalan penyakit, serta mengawal kemasukan ternakan secara haram di kawasan sempadan,” katanya menerusi satu catatan di media sosial pada Isnin.

Beliau menambah, enakmen berkenaan turut membantu dalam merangka dasar penternakan negeri yang lebih tersusun dan berkesan pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, pelaksanaan enakmen ini dijangka dapat menangani masalah ternakan berkeliaran yang sering menimbulkan risiko kemalangan dan kerosakan harta benda, selain meningkatkan tahap profesionalisme dalam sektor penternakan negeri.



Terdahulu, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin mengadakan perbincangan khas mengenai pelaksanaan kaedah-kaedah di bawah enakmen tersebut bersama timbalannya, YB Dato' Shaari Hussein, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Yahasmida Yaacob, serta beberapa Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di bilik mesyuarat Exco, Mabna Kompleks Kota Darulnaim.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!